Fuhhhh...lega sikit rasanya...barulah ada ketenangan nak menulis dalam entri kali ini....ye la bb dah tido.....baru je lepas bf bb......husband lak sambung dodoikan bb...Alhamdulilah bb almost 7 months.....masih fully breastfeeding....saya niat dulu nak bf smpi bb 6 bulan je...tapi susu masih lagi meriah setakat ini.....Alhamdulilah...berkat kesabaran dan rezeki yang Allah berikan untuk Zhafran Nufail masih berbaki...So saya masih teruskan walaupun sebenarnya memang memenatkan tapi effect dikemudian hari amatlah besar....Syukur kepadaMU pemberi segalanya...Amin....
Saya masih lagi mengambil SHAKLEE ESP (Energizing Soy Protein), Alfalfa, Vitalea, B-Complex dan Ostematrix untuk menjaga kesihatan diri. Alhamdulilah masih konsisten dalam pengambilan pemakanan kesihatan ini,malahan bb pun sihat dan bila bb kena injection untuk imunisasi takdelah demam.....Alhamdulilah...itu tandanya antibodi bb kuat.....Semoga Allah melindungi bb saya sentiasa, Aminnn...
Berbalik kpd topik yang ingin saya coleteh pada kali ini adalah mengenai KECANTIKAN. Kecantikan adalah sesuatu yang boleh dilihat melalui cermin, kita dapat lihat wajah kita yang cantik, wajah yang cantik dengan make-up dan pemakaian yang menjadikan kita kelihatan cantik. Pada hakikatnya, kecantikan sebenar adalah bermula daripada KESIHATAN kita yang baik. Jika kita jatuh sakit, adakah kita akan kelihatan cantik?? Kita akan kelihatan tidak bermaya, pucat dan sebagainya. So nak CANTIK jaga KESIHATAN diri kita. Ingin menjaga kesihatan sebenarnya bukannya susah, disini saya akan berikan sedikit tips bagi mendapatkan kecantikan yang bermula dari dalam untuk menjadikan kita sihat dan disamping dapat memiliki wajah yang cantik, lembut dan mulus..... Anda inginkan SIHAT DAN CANTIK selalu sila ikuti tips di bawah :
1. MAKAN SESUATU YANG MEMBUAT KULIT ANDA SIHAT DAN BERSINAR
Tahukah anda " you are what you eat" Sebenarnya apa yang anda makan itulah yang memberikan cerminan kesihatan dan kecantikan semulajadi. Jadi, pemakanan itu adalah akar umbi kepada SIHAT dan CANTIK itu yang sebenarnya. Mengikut penyelidikan kesihatan makanan yang kaya dengan protein, kolagen dan polyphenol adalah kandungan yang tinggi khasiat dan anti oksida bagi memperlambatkan kesan penuaan.
Protin
Protein adalah salah satu keperluan khasiat yang diperlukan dalam tubuh badan manusia. Pengambilan yang konsisten akan menjadikan pertumbuhan otot yang kuat dan tidak menggeleber. Secara keseluruhannya, ia membantu mengekalkan awet muda dan memperlambatkan proses penuaan.
Kolagen
Semakin tua usia kita semakin hilang kandungan kolagen dalam tubuh. Jadi dengan mengamalkan pengambilan kolagen secara konsisten dapat menggantikan kehilangan kolagen dalam badan, kulit menjadi tegang, mengurangkan kesan kedutan dimuka dan memelihara serta mempertingkatkan keanjalan kulit kita.
Khasiat POLYPHENOL
Polyphenol adalah kandungan khasiat yang kaya dengan anti oksida dimana ia membantu memerangi kerosakan bebas radikal. Penyelidikan telah menemui khasiat polyphenol dalam pemakanan seharian kita dapat membantu membaiki dan mempertingkatkan fungsi sel dalam badan kita. Sel-sel baru akan tumbuh dan membantu memperlambatkan proses penuaan berlaku.
2. SAYANGI KULIT ANDA.
Menjaga kulit muka adalah penting iaitu melindungi kulit daripada sinaran matahari secara terus. Ini boleh merosakkan sel kulit pada wajah anda yang boleh menyebabkan kedutan, jeragat dan masalah kulit lain yang akan timbul. Gunakanlah produk kecantikan yang semulajadi dan lembut yang dapat membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit anda. Sentiasa memakai krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan SPF 15 atau lebih tinggi.
3. AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT DAPAT MENGEKALKAN KEREMAJAAN KULIT ANDA.
- Bersenam mengikut kemampuan anda
- Mengawal Ketegangan
- Minum Air Banyak
Ini adalah produk-produk yang disediakan oleh SHAKLEE bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam secara keseluruhannya.




Sampai disini dulu nanti saya sambung cerita khasiat dan kandungan produk-produk SHAKLEE ini ok....Saya minta diri dulu sebab dah mengantuk nie....harap tips yang saya berikan dapat menyuntik semangat anda untuk menjaga kecantikan dari dalam....SIHAT DAN CANTIK SELALU....Sebarang pertanyaan amat dialukan.
FB : Norsyzdah Ally
019-3777007
Email :nuizzlah26825@gmail.com
0