Khamis, 20 Jun 2013

KEPENTINGAN AIR - APA ITU AIR ALKALI ?

Assalammualaikum Dan Salam 1Malaysia,

Kali ini saya ingin bercerita pasal air....Kepentingan air.....Pentingkah air ini? Kalau dalam Islam air yang suci lagi menyucikan ada 7 jenis...anda tahu 7 jenis air itu?? Ingat lagi tak?hehehhe...7 jenis air itu adalah air sungai, air laut, air mata air, air hujan, air perigi, air embun dan air salji...kat Malaysia mana ada salji...hehehhe...
Bagi saya, air mmg penting kalo takde air rasa susah betul..bagi saya lagi baik takde makanan jangan takde air....biar takde api, elektrik kat umah jangan takde bekalan air....mmg susah..nak basuh pingan mangkuk, nak basuh baju, nak mandi, nak kencing,nak tut tut...iskkk.....jauhkanlah....So kali ini cuba anda lihat kepentingan air kat bawah ni ada citer ket.....


Badan Manusia terdiri dari 9/10 air, dan 90% dari air tersebut adalah kandungan oksigen.
Peratus air dalam organ manusia terdiri :
Darah - 82%
Otot - 75 %
Tulang - 22 %
Ginjal - 82%
Otak - 74 %


Peranan air dalam tubuh adalah  sebagai :

* Bahan Pelarut
* Pengankutan
* Mengawal suhu badan
* Penyegar dan penyingkir kumuhan dan toksin
* Membantu penghadaman dan pencernaan.
* Membantu organ yang bertindak sebagai kilang selaku pelincir
* Mengawal keanjalan kulit.
* Membekalkan oksigen kepada semua organ.

Air adalah sangat penting untuk pemprosesan dalam tubuh badan, umpama minyak pelincir kepada kenderaan, kalau baik sesuatu minyak tersebut maka baik la proses enjin kenderaan berfungsi dan kalau sebaliknya begitulah dengan sistem pemprosesan kilang dalam tubuh manusia.


Kualiti Air

 Air yang terbaik untuk air minuman ialah air zam-zam.

Air yang baik untuk tubuh badan adalah air yang bersifat alkali. Oleh kerana air Zam Zam adalah air yang terbaik sekali kerana ia bersifat alkali yang tinggi, belum wujud lagi mesin ciptaan manusia untuk meniru ciptaan Allh swt iaitu air Zam Zam yang mana tahap Alkalinya amat tinggi.
Walaubagaimanapun kerana kesukaran untuk mendapat air Zam Zam maka terdapat pelbagai mesin ciptaan manusia untuk menukar tahap air sekarang yang mana terkandung kandungan asid yang tinggi menjadi alkali.

Apakah Air Alkali? 
Air alkali adalah tinggi Antioksidan (Membenteras Radikal Bebas), Mengatasi berlebihan Asid Laktik di dalam tubuh, Membekalkan banyak oksigen,Meningkatkan Tenaga, Mempercepatkan Penyembuhan, Menawar & Mengingkirkan Toksik, Anti Kanser (sel kanser tidak boleh hidup di dalam keadaan beralkali), Membantu mengawal berat badan, Kaya dengan mineral Magnesium, Kalsium, Potasium & Sodium dan nutrien lebih mudah di serap oleh sel badan.


Lihatlah betapa pentingnya air kan.....So lepas ni kita sambung entri pasal kebaikan air alkali pada tubuh badan manusia pulak. Stop dulu ye...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan